XOX e-SIM

Teknologi e-SIM dengan pelan ONEXOX BLACK "BURNPROOF" yang fleksibel.

Apakah itu XOX eSIM?

XOX eSIM adalah pelan terbaru daripada ONEXOX.

eSIM (embedded SIM) merupakan teknologi terbaharu di mana sesetengah model telefon terkini mempunyai cip 'Subscriber Identity Module' (SIM) elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon berkenaan.

Dengan fungsi tersebut membolehkan anda menggunakan talian nombor telefon tanpa memerlukan kad SIM fizikal.

Produk XOX eSIM

Untuk permulaan, XOX eSIM boleh dilanggan bagi PENDAFTARAN BAHARU sahaja dengan pilihan Empat (4) pelan ONEXOX BLACK iaitu B39, B59e, B89 dan B149.

Pelan XOX eSIM

(BLACK B59e — Pelan istimewa yang dicipta khusus untuk pengguna XOX eSIM. Pelan yang bernilai RM59 bulanan ini memberikan anda kuota data sebanyak 15GB, Unlimited Calls dan 100 SMS.)


Bagaimana untuk melanggan XOX eSIM?

Scan (imbas) kod QR di bawah untuk ke portal pendaftaran XOX eSIM.


Setelah selesai proses pendaftaran, satu kod pengesahan (kod QR) akan diberi kepada anda untuk proses pengaktifan talian. Anda hanya perlu imbas kod QR tersebut untuk mengaktifkan eSIM pada peranti mudah alih anda.

Butiran kod QR dan butiran pengaktifan juga dihantar ke alamat email yang anda daftarkan.

Tonton video di bawah — Cara Daftar XOX eSIM.


Siapa yang boleh melanggan XOX eSIM?

  • Pelanggan BARU
  • Pelanggan yang mendaftar MNP (Kekal Nombor Lama)

Adakah peranti (telefon) anda menyokong XOX eSIM?

Semasa proses pendaftaran XOX eSIM, portal akan menunjukkan senarai peranti (model telefon) yang menyokong perkhidmatan eSIM ini. Buat masa sekarang, XOX eSIM hanya menyokong peranti berikut:
  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPad Pro (2018)
  • Google Pixel 3 XL
  • Google Pixel 3

Jika saya upgrade/downgrade pelan XOX semasa saya ke pelan B59e, adakah saya akan mendapat 3GB tambahan setiap bulan?

Tidak. Hanya pendaftaran BARU atau MNP kepada B59e layak untuk data tambahan 3GB setiap bulan. Mana-mana upgrade/downgrade ke pelan B59e tidak layak.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pengaktifan profil eSIM saya gagal?

Anda boleh cuba lagi dengan mengimbas kod QR pada e-mel pengaktifan XOX eSIM yang diterima. Jika Kod QR tidak berfungsi, anda boleh masukkan SMDP+ dan kod pengaktifan yang diberikan.

Jika isu ini berterusan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami.

 12273  (Dari talian ONEXOX)
 1300888010  (dari talian telco lain)

 
ONEXOX KL © 2019 - All rights reserved.

OUT THERE WE ARE ONE