ONEXOX BLACK



ONEXOX BLACK

ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Tetapi ianya gabungan fungsi Postpaid & Prepaid (Hybrid) — membentuk sebuah kategori pelan mudah alih baharu dalam industri telekomunikasi.

Kelebihan ONEXOX BLACK adalah kesemua kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus, tapi akan dibawa ke hadapan (carry forward).  
#BURNPROOF


Cara bayar bill ONEXOX Black

  • Pembayaran Online melalui SelfCare XOX atau XOX FAST
  • Pembayaran melalui mana-mana Pengedar Sah ONEXOX
  • Pembayaran debit terus (auto debit) :
    Hubungi 12273 atau kunjungi mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX :
     Pendaftaran memerlukan dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan / Passport
     Borang Kebenaran (terdapat di pusat perkhidmatan ONEXOX)
  • Pembelian baucar tambah nilai di :
Saluran Reload Topup ONEXOX

ONEXOX PREPAID

Pelan Prabayar Jimat Dengan Kelajuan Data 4G
& Tempoh Sehingga 28 Bulan!
Kelebihan utama pelan ONEXOX PREPAID adalah Tempoh Sah sehingga 28 bulan dengan melanggan pakej welcome Deal. Jika anda tidak melanggan pakej Welcome Deal dalam tempoh 10 hari tempoh sah hanya sebulan sahaja.

Bagaimana untuk dapatkan Tempoh Sah 28 Bulan
(Bagi pengguna baru)

Langgan Pakej SP FAT (Welcome Deal)
SP FAT10 (10GB + 10GB) RM50
SP FAT10M (10GB + 333 MINIT) RM50
SP FAT5M (5GB + 100 MINIT) RM30
SP FATVOICE (333 MINIT) RM30

Anda boleh pilih salah satu atau beli semua dari pakej Welcome Deal dan secara automatik aktif tamat tempoh 28 bulan.

Anda juga boleh menikmati tawaran Season Pass Happy Hour (Data / Minit Panggilan / SMS) pada kadar rendah dengan kuota yang boleh dibawa ke hadapan (carry forward) dan boleh dikongsi sesama pengguna ONEXOX yang lain.

Dapatkan pelan prepaid 2-DALAM-1 yang fleksibel ini untuk lebih penjimatan! Dengan adanya Akaun Dedikasi dan Akaun utama, anda dapat menikmati kadar panggilan terendah yang pernah ada.

Perkongsian Kuota Data, Minit Panggilan & SMS untuk Semua Nombor ONEXOX!

ONEXOX Prepaid adalah jenis talian prabayar baru di mana kuota Data, Minit Panggilan & SMS boleh dikongsi sesama pengguna ONEXOX yang lain. Pelan Season Pass ONEXOX memberi anda kebebasan dan pilihan untuk menentukan apa yang anda perlukan dan bila anda memerlukannya.

Untuk menikmati pelan Season Pass ONEXOX sangat mudah! Hanya beli simkad ONEXOX dan anda boleh dapatkannya!


PROMOSI

KEMPEN MACHO MARCH! 
Adakah anda sentiasa mengindamkan produk Apple yang unggul dan menarik? Rebutkan peluang ini untuk memenangi pelbagai produk Apple yang ditawarkan iaitu iPhone XS, iPad Pro dan Macbook Air! Jom, top-up dan bayar bil terkumpul sehingga RM30 untuk menyertai dan berpeluang untuk memenangi 33 hadiah sepanjang tempoh kempen! Rujuk di bawah untuk info lanjut!
INFO
Tempoh Kempen: 5/3/2019 – 31/3/2019
HADIAH KEMPEN
Hadiah Utama: Macbook Air X 1
Hadiah Kedua: iPad Pro X 1
Hadiah Ketiga: iPhone XS X 1
Harga Saguhati: RM333 X 30
Cara penyertaan adalah mudah! Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan tersayang ONEXOX dan BLACK. Anda hanya perlu TOP-UP atau bayar bil terkumpul sehingga RM30 (1 penyertaan) dalam tempoh kempen.

Penyertaaan anda akan dimasukkan dalam proses cabutan bertuah secara automatik. Lebih banyak TOP-UP / bayaran bil, lebih banyak penyertaan, maka lebih tinggi peluang anda untuk memeliki wang tunai dan pelbagai produk Apple yang unggul!





PELAN & PERKHIDMATAN


Pelan & Perkhidmatan ONEXOX

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, ONEXOX juga menawarkan lebih penjimatan ke atas kadar rendah apabila baki kredit di dalam Akaun Dedikasi (DA) digunakan. 

Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA) bagi memberi ruang penjimatan kepada anda, serta dengan tempoh aktif 28 Bulan yang ditawarkan.

Kadar Panggilan dan SMS


Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi (DA). Kadar biasa daripada baki Akaun Utama (MA) dikenakan setelah ketiadaan baki di dalam Akaun Dedikasi (DA).


Kadar Panggilan Talian Bebas Toll

Kadar panggilan kepada nombor talian bebas toll 1-300-xxx xxx
6pg - 6ptg: 30sen/minit (blok 60 saat) daripada penggunaan baki DA atau MA
6ptg - 6pg: 15sen/minit (blok 60 saat) daripada penggunaan baki DA atau MA

Pelan Data Internet ONEXOX


Untuk melanggan Internet sila dial *150#


Transfer Kredit


Kadar Panggilan Antarabangsa (IDD)




PELAN PEMASARAN

1. Program Affiliate UGU (User Get User)

Melalui platform User Get User (UGU) setiap ahli ONEXOX berhak mendapat insentif 6% daripada nilai topup user anda selepas anda perkenalkan simkad onexox ini kepada keluarga anda, rakan-rakan dan kenalan.


2. Dealer ONEXOX

  • Akses Onesys dan ONEXAPP
  • 22% dari keuntungan jualan simkad
  • Insentif 10% daripada jumlah topup user / pengguna
  • Insentif sehingga 15% :

     Tier 1 — 10%
     Tier 2 — 2%
     Tier 3 — 2%
     Tier 4 — 1%



Patuh Syariah

1. Harga Kad SIM dan Tambah Nilai

  • Harga jualan kad SIM daripada pengedar kepada pengguna adalah RM10.
  • Harga jualan tambah nilai adalah berdasarkan kepada nilai muka.

Penilaian Shari'ah :
  • Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara onexox selaku penjual dan pengedar selaku pembeli.
  • Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan keuntungan yang diperolehinya.
  • Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi syara’.

2. Pembelian 'validity' atau pemanjangan tempoh sah

  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 6 bulan pada harga RM18.
  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 12 bulan pada harga RM25.

Penilaian Shari'ah :
  • Akad kepada jual beli ini ialah berasaskan sewaan ( إِجَارَة ).
  • Pengguna membeli dan memiliki nombor, maka nombor tersebut telah menjadi hak pengguna.
  • Untuk menjadikan nombor pengguna tersebut aktif dan berfungsi, mereka perlu menyewa fungsi 'validity' iaitu tempoh sah yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Subjek ataupun barang sewaan ( المَعقُود عَلَيْهِ ) dalam hal ini adalah 'validity' iaitu tempoh sah kepada talian yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Tidak timbul isu tempoh sah bertindan kerana, tempoh hayat baru akan dikira selepas tamat tempoh sah yang sebelumnya.
  • Akad ini adalah sah disisi Syara’.

3. Caj pindahan kredit

  • Caj yang dikenakan sekali sahaja untuk setiap pindahan kredit.
  • RM0.25 akan dicaj daripada penghantar, manakala RM0.25 lagi akan dicaj daripada penerima.
  • Jumlah itu akan ditolak dari nilai sedia ada yang dimiliki oleh penghantar dan penerima.

Penilaian Shari'ah :
  • Caj ini adalah kos pengurusan untuk sistem berdasarkan konsep upah ( اُجْرَةْ ) atas servis yang diberikan oleh syarikat.
  • Caj ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
  • Kedua-dua pihak yang melakukan penghantaran dan penerimaan telah sepatutnya tahu berkenaan caj yang dikenakan, maka sebarang pindahan yang dilakukan bererti persetujuan semua pihak terlibat dengan kos yang dikenakan.

4. Pelan Data (Internet)

  • Pelan data yang ditawarkan kepada pelanggan adalah kuota data berserta dengan tempoh masa. Ini berdasarkan pada terma 'mana yang sampai dahulu'.
  • Sebagai contoh, pelan data 500MB untuk tempoh 30 hari: Ini bermaksud, jika tempoh langganan sudah mencapai 30 hari walaupun kuota data masih berbaki, langganan pelan tersebut dikira tamat. Baki data tidak akan di bawa ke depan.
  • Situasi lain, jika pengguna telah menghabiskan kuota data tersebut dalam tempoh 6 hari walaupun masih berbaki 24 hari, maka langganan pelan tersebut dikira tamat.

Penilaian Shari'ah :
  • Tiada isu ketidakjelasan ( الغَرَرْ ) dalam hal ini kerana ia telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
  • Subjek ataupun barang pembelian ( المَعْقُوْد عَلَيْه ) ialah pakej yang terkandung dalamnya data internet beserta dengan tempoh masa; ia adalah ibarat pembelian suatu makanan yang mempunyai tarikh luput.
  • Ianya bukan pembelian secara berasingan.

5. Insentif 'User-Get-User'

  • Pembelian kad SIM berharga RM10 sebagai pengguna sudah melayakkan pengguna menikmati skim insentif ini.
  • Pengguna hanya perlu mengesyorkan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
  • Pengguna layak mendapat insentif 6% daripada jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan yang disyorkan.
  • Tiada yuran, tiada caj tambahan dan tiada komitmen yang dikenakan.

Penilaian Shari'ah :
  • Insentif yang diberi kepada pengguna adalah upah ( اُجْرَةْ ) keatas usaha mempromosi ONEXOX.
  • Tiada bebanan kepada pengguna.

6. Pembelian 'Season Pass'

  • Jualan 'Season Pass' merangkumi pakej seperti panggilan, khidmat SMS dan data internet.

Penilaian Shari'ah :
  • Pembelian data adalah secara pakej atau borong (bundle).
  • Akad adalah jual beli mutlak dan ianya adalah harus.


ONEXOX



Pelan prepaid jimat dan tamat tempoh sehingga 28 bulan dengan kadar panggilan serendah 9sen ke semua rangkaian.




ONEXOX Black kini menawarkan pelan jimat UNLIMITED CALL ke semua rangkaian bermula Febuari 2019 dan mampu milik kepada semua.



 
ONEXOX KL © 2019 - All rights reserved.

OUT THERE WE ARE ONE